Kit Siang kini sudah berusia 76 tahun. Dilahirkan pada tahun Jepun menyerang Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1941 di sebuah kampung di Zhangzhou, sebuah daerah Fujian, China. Datang ke Tanah Melayu pada tahun 1957 dan 9 tahun selepas itu terus aktif dalam DAP. 12 tahun selepas datang ke Tanah Melayu, pada tahun 1969, Kit Siang menjadi ahli parlimen di Kota Melaka.
Kini selepas 51 tahun menguasai DAP, Kit Siang khabarnya akan berpindah ke negeri Kedah pula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Patutlah hilang lama sangat di Gelang Patah. Rupanya sedang buat kerja untuk tanding di Alor Setar pula.
Baru-baru ini, penduduk di Gelang Patah sudah meluahkan rasa tidak puas hati kerana Kit Siang tidak kelihatan langsung di kawasan Parlimen itu untuk menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya Kit Siang sibuk di Parlimen mengutuk dan memburukkan kerajaan serta pemimpin. Umpama undi sudah terlepas, tangan bau tahi, wakil rakyat hilang entah ke mana.
Ada desas-desus mengatakan, Mukhriz ada menawarkan kerusi kepada Kit Siang untuk bertanding di Kedah. Maknanya Kit Siang akan perkudakan Mukhriz dan Mahathir untuk minta orang Melayu undi DAP di Kedah. Sampai tahap macam itu sekali terdesaknya Mahathir. Maknanya, DAP bantu anaknya jadi PM, Mahathir tolong Kit Siang menang di Alor Setar. Sistem barter Mahathir - Kit Siang.
Pada 1969 hingga 1974 dulu, Kit Siang berjaya menang kerusi Parlimen di Kota Melaka dan ketika itu dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 18 bulan. Kemudian, pada 1974 hingga 1978, beliau menang kerusi Parlimen Kota Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu di Melaka.
Pada tahun 1978 hingga 1982, Kit Siang menang pula kerusi Parlimen Petaling Jaya.
Kemudian, dari tahun 1982 hingga 1986, dia menang kawasan Parlimen Kota Melaka.
Pada 1986 hingga 1989, Kit Siang menjadi Ahli Parlimen Tanjog dan ADUN Kampong Kolam di Pulau Pinang.
Pada tahun 1990, Kit Siang menang kerusi ADUN, Padang Kota, Pulau Pinang sebelum pada tahun 1999 kalah dalam pilihan raya.
Kemudian 2004, Kit Siang menang kerusi Parlimen Ipoh Timur dan mempertahankan kerusi berkanan pada 2008.
Pada 2013, barulah Kit Siang menang PRU di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Keseluruhannya, Kit Siang sudah jadi ahli parlimen di 7 kawasan parlimen yang berbeza dan di 5 negeri berbeza iaitu Melaka, Selangor, Penang, Perak dan Johor. Di kesemua kawasan parlimen ini, Kit Siang hanya jadi ahli parlimen sepenggal sahaja. Kemudian cabut lari ke kawasan lain. Jika benar Kit Siang mahu ke Alor Setar, maka itu merupakan kawasan parlimen ke 8 Kit Siang dan negeri ke 6 Kit Siang tanding.

Merata kawasan dan parlimen, Kit Siang kencing. Nampak sangat Kit Siang hanya mahu jawatan bukannya mahu berkhidmat dan bantu rakyat yang beri undi kepadanya.
Khabarnya, antara sebab kenapa Kit Siang pilih hendak tanding di Alor Setar adalah kerana mahu bertanding juga di kerusi DUN di Penang. Kit Siang mahu mendekatkan diri dengan anaknya Guan Eng.
Kit Siang dijangka akan masuk gantikan Guan Eng di kerusi DUN Air Puteh. Mengikut percaturannya, jika Guan Eng ke dalam kerana isu skandal banglo maka Kit Siang boleh gantikan tempat anaknya untuk jadi Ketua Menteri Penang.
Tiada siapa yang Guan Eng percaya untuk jadi Ketua Menteri melainkan bapanya sendiri. Ada yang berpendapat jika Kit Siang benar benar turun dan bertanding di Alor Setar ianya adalah kawasan terakhir baginya.
Dato Seri Ahmad Bashah, MB Kedah adalah Ketua UMNO Bahagian Alor Setar kawasan di mana Kit Siang teringin hendak bertanding. Sudah pasti Kit Siang bukan menempuh yang jalan mudah.
Anak Kedah pantang kalah, mereka pasti buat roket sakit jantung dan rebah di Alor Setar. Pemimpin utama roket itu akan mati dicakar Helang Merah di Alor Setar. Maka berakhirlah riwayat politik Kit Siang dari Zhangzhou, Fujian. -BeruangBiru