HIMPUNAN JENTERA PENERANGAN UMNO KEDAH MENCAPAI 2314

Empat Perkara Bagi Memastikan UMNO Terus Kekal Utuh Dan Relevan Sepanjang Masa

ALOR SETAR - Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menggariskan empat perkara agar UMNO terus kekal kukuh, mantap dan relevan untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat bagi mentadbir negara pada masa yang akan datang.
Menurut beliau, sekiranya empat perkara ini dilaksanakan oleh ahli dan kepimpinan UMNO, parti terbesar Melayu di negara ini akan terus kekal sebagai parti terkuat dan mampu untuk terus berkhidmat kepada rakyat biar apa juga bentuk cabaran yang mendatang.
“Ada empat perkara pada pandangan saya jika ianya dilakukan secara berterusan, maka UMNO akan terus kekal sebagai sebuah parti terkuat di negara ini dan akan terus mampu untuk berkhidmat kepada rakyat di negara ini.
“Pertama, ia adalah solidariti. Solidariti atau perpaduan di kalangan ahli dan kepimpinan UMNO amat penting bagi menjamin kekuatan parti terus kukuh terutama dalam menghadapi apa juga cabaran dan rintangan yang mendatang.
“Keduanya ialah penghayatan ahli serta kepimpinan UMNO tentang sejarah dan perjuangan UMNO itu sendiri agar kita faham bahawa perjuangan di dalam UMNO bukanlah kerana individu tertentu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah kepentingan agama, bangsa dan negara berbanding kepentingan individu,” tegasnya ketika berucap dalam program himpunan jentera penerangan UMNO di Alor Setar di sini hari ini.
Selain daripada dua perkara tersebut tambah Annuar lagi, ahli dan kepimpinan UMNO terutama diperingkat akar umbi perlu ada keyakinan diri bahawa UMNO mampu untuk menang di dalam setiap pilihanraya dan tidak gentar untuk menghadapi saingan dari parti lawan.
“Amat penting juga bagi setiap ahli dan kepimpinan UMNO mempunyai winning mentality dan percaya bahawa UMNO mampu untuk terus memenangi hati rakyat serta mampu untuk terus menang di dalam setiap pilihanraya, dan tidak gentar untuk menghadapi cabaran yang datang dari mana-mana parti politik sekalipun.
“Dan yang ke empat ialah strategi yang tersusun demi untuk memastikan setiap perancangan itu menepati sasaran dalam usaha kita untuk memenangi setiap pilihanraya dan mengalahkan parti lawan.
“Jika kita mampu beristiqamah dalam ke empat-empat perkara yang saya sebut itu, InsyaAllah UMNO akan terus kekal relevan sebagai sebuah parti yang kuat dan mampu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga negara,”ujarnya.
Turut hadir dalam siri program jelajah penerangan tersebut ialah Ketua Penerangan Kedah merangkap ahli parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul, Setiausaha Perhubungan Negeri Kedah, Datuk Paduka Md Rozai Sapian dan beberapa kepimpinan UMNO negeri yang lain.



Tahniah buat Jentera Penerangan UMNO Malaysia kerana menganjurkan program sebegini. Selain dapat memberi penjelasan ianya juga dapat membangkitkan semangat juang ahli untuk terus kekal istiqomah dalam perjuangan memartabatkan agama,bangsa dan tanahair. Perbanyakkan lagi program - program sebegini di masa akan datang.










SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post