RM16 Juta Naik Taraf Ban Hadang Air Pasang Berulang - Exco Kedah


Badrul melawat lokasi kejadian fenomena air pasang besar di sekitar Kampung Paya dan Kampung Sungai Mariam, Kota Kuala Muda petang semalam
KOTA KUALA MUDA - Sebanyak RM16 juta diperlukan bagi kerja-kerja menaik taraf ban pantai sepanjang enam kilometer yang terjejas teruk akibat hakisan yang berfungsi sebagai penghadang ombak sekiranya air pasang berulang.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Datuk Badrul Hisham Hashim berkata, pihaknya akan merayu kerajaan persekutuan bagi tujuan mendapatkan dana berkenaan.

“Saya dah bincang dengan Adun Pantai Merdeka supaya merayu ke kerajaan pusat agar dapat membantu menyelesaikan masalah ini kerana bimbang kalau tak dapat diselesaikan, ia memberi kesan lebih teruk.

“Kita juga tidak mahu sekiranya air pasang besar berulang ia akan menjejaskan beberapa buah rumah berdekatan pantai akibat hakisan yang drastik,” katanya ketika melakukan lawatan ke lokasi kejadian air pasang besar luar biasa di Kota Kuala Muda, semalam.

Menurutnya, selain daripada fenomena air pasang besar, hakisan pantai yang kritikal juga menjadi punca limpahan air ke kawasan perkampungan sehingga menjejaskan lebih 700 mangsa di lima buah kampung dekat Kota Kuala Muda.

Fenomena itu dilaporkan berlaku sejak Ahad lalu. - SINAR

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post