2) Hakikatnya seperti yg telah diperlihatkan, YAB Menteri Besar Kedah pada ketika ini sihat dan sedang memberi tumpuan thdp usaha-usaha pembangunan negeri. Seperti yg dimaklumkan oleh beliau sendiri kunjungan beliau ke hospital hanyalah memenuhi temujanji rawatan dan pemeriksaa susulan akibat pembedaha usus baru-baru ini. Beliau sama sekali tidak "jatuh" atau "rebah" spt yg digambarkan, namun masih mampu memenuhi jemputan dan mempengerusikan beberapa siri mesyuarat diperingkat parti dan negeri. Malah YAB Menteri Besar dijadualkan akan mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pada 21hb ini.
3) Bagi Pemuda Kedah, tindakan memenuhi temujanji susulan ini jelas menunjukkan ke-azaman tinggi oleh YAB Menteri Besar yg mahu cepat kembali cergas 100% demi memenuhi tuntutan rakyat dan parti diperingkat negeri. Pemuda UMNO Kedah mohon agar ruang ini diberikan sepenuhnya oleh semua pihak bagi melihat agenda negeri dan parti dapat dipenuhi dgn kadar segera tanpa kita melayan fitnah murahan pihak-pihak tertentu.
4) Hakikatnya, walaupun YAB Menteri Besar sering menjalani pemeriksaan susulan secara berkala dihospital, beliau dibantu sepenuhnya oleh pasukan "Muafakat Kedah" yg terus menerus memastikan jentera Kerajaan dan parti terus terjaga dgn baik. Beberapa agenda besar, jangka masa sederhana telah pun dirangka dan jentera parti dlm proses utk di siap siagakan dengan sepenuhnya dan ada yg telah dilaksanakan dgn baik.
5) Pemuda UMNO Kedah juga agak "terusik" dgn beberapa andaian kononnya YAB Perdana Menteri akan membuat beberapa "rombakan" pimpinan dibeberapa buah negeri termasuklah negeri Kedah. Mengenali YAB Dato Seri Ahmad Bashah, Pemuda UMNO Kedah yakin bhw beliau langsung tidak "terkesan" dgn andaian liar ini berdasarkan beberapa siri "pengorbanan" atas nama kesetiaan kpd parti dan pemimpin sebelum ini. Namun Pemuda UMNO Kedah amat yakin, YAB Perdana Menteri berpuas hati dgn prestasi "Pasukan Muafakat Kedah" yg dipimpin oleh YAB Dato Seri Ahmad Bashah dan beliau akan terus diberi kepercayaan mengepalai negeri dan parti
6) Pemuda UMNO Kedah menggesa agar jentera parti dan kerajaan tidak mudah hilang fokus dgn andaian-andaian liar ini. Bagi Pemuda Kedah ini adalah sekadar permainan kumpulan-kumpulan yg masih terguris dan sememangnya sudah "terbiasa" dgn mainan fitnah dan adu domba. Harapan Pemuda Kedah adalah jentera parti dan kerajaan terus setia dgn pucuk pimpinan parti dan pada masa yg sama terus membina keyakinan dan tidak mudah menyerah kalah pada taktik dan pendekatan keji pihak-pihak tertentu.
Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah
#Sila Lihat Kebenaran Bukan Percaya Kepada Fitnah Adu Domba....
SILA LAWAT LAMAN TERTERA:
http://www.kedahnews.com/2016/09/berhentilah-sebar-sebar-maklumat-tidak.html
http://www.kedahnews.com/2016/09/kesihatan-saya-baik-mana-ada-saya.html
Pagi tadi YAB MB Kedah DS Ahmad Bashah turut sama mengiringi YDP Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah berangkat pulang di Lapangan Terbang Kepala Batas,Kedah.
Kehadiran DS Ahmad Bashah mengiringi YDP Agong pagi tadi jelas mematikan tohmahan fitnah kononnya DS Ahmad Bashah terlantar sakit di Hospital Prince Court akibat paru - paru masuk air.
https://www.facebook.com/ahmadbashahBB/
#Depa dok kata Datuk Seri MB tak sihat..
Tapi boleh pula makan macam2.. bersama sama setpol lagi.
Tapi boleh pula makan macam2.. bersama sama setpol lagi.
https://www.facebook.com/MuafakatKedah/