Latest
Loading...

ADUN BN, PEMBANGKANG Bermuafakat Meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2016.




Perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2016 peringkat negeri di sini mencuri tumpuan dengan kehadiran sebanyak 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan PEMBANGKANG yang julung-julung kali berarak memeriahkan acara.

Kontinjen berkenaan adalah daripada keseluruhan 109 kontinjen melibatkan 3,597 orang daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perarakan meraikan hari bersejarah itu.

Perarakan bermula kira-kira pukul 8.30 pagi di Dataran Balai Besar di sini hari ini sebaik sahaja, keberangkatan tiba Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehudin Sultan Badlishah dan isteri, Tunku Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.

Turut hadir, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah serta jemputan lain.
Kontinjen berkenaan berarak melintasi pentas khas dengan diiringi dengan lagu-lagu patriotik oleh kumpulan pancaragam dalam acara berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan penduduk negeri ini.

Turut menyerikan acara pertandingan perbarisan terbaik mengikut kategori termasuk kategori keseluruhan terbaik yang dimenangi oleh kontinjen daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).


Segak bergaya Kontinjen Ahli - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah yg diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dato Rozai Md Safian.
Lebih manis lagi apabila ADUN2 Kerajaan dan ADUN2 Pembangkang sama berkawad dalam satu barisan. Inilah yg dikatakan Muafakat Merdeka. Atas semangat Hari Kemerdekaan mereka mengetepikan fahaman dan ideologi politik dan kemudian tampil bersama2 untuk meraikan nikmat kemerdekaan.













 P/S : ADUN Pembangkang daripada Ayer Hitam langsung tak nampak muka! Tak muafakat betul la!




SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post