Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Kewangan 1 dan UMNO Bahagian Jerlun berlangsung di Wisma UMNO Bahagian Jerlun, Ayer Hitam,Kedah hari ini cukup meriah dihadiri lebih dari 10 ribu tetamu dari kawasan Parlimen Jerlun dan juga kawasan sekitar.
Pemangku Ketua Bahagian UMNO Jerlun, Dato Abu Hasan dan Naib Ketua Bahagian UMNO Jerlun, Dato Othman Aziz yg bersama dengan Ketua2 sayap UMNO Jerlun dan barisan AJK 4 Peringkat UMNO Jerlun menyantuni para tetamu yg hadir ke Rumah Terbuka UMNO Bahagian Jerlun di Wisma UMNO Jerlun.
Gandingan orang lama lagi berpengalaman di antara Tok Abu Hasan dan Tok Man Aziz pasti mampu membawa UMNO Jerlun kembali gah lagi gagah seperti dulu.
\
Gandingan Mantap 2 Pemimpin UMNO Jerlun masih mantap utk membantu Perjalanan hala tuju UMNO di Jerlun dan Kedah.
Kehadiran Tetamu dan Masyarakat sekitar Jerlun
Golongan Muda sentiasa didekati dan dihormati antara mereka. Anak muda Jerlun mantap dibawah 2 pemimpin yang sentiasa bersama memberi bimbingan.
Seisi menyumbangkan suara menghiburkan dari Tok Man.
Antara hidangan yang disajikan
Kehadiran lebih 10 ribu orang pengunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Jerlun di Wisma UMNO Jerlun siang tadi jelas membuktikan yg rakyat Jerlun tidak terkesan dengan pemecatan Mukhriz drp UMNO.
Seisi beramah mesra bersama masyarakat.
Kemeriahan Majlis dengan kehadiran pelbagai masyarakat menunjukkan penduduk Jerlun saling bermuafakat.
Umno Jerlun terbaik, kembali kelandasan
Memantapkan kembali Saf Perjuangan.
#MuafakatKedah
Terima kasih semua kerana bersama sama pemimpin menjayakan majlis rumah terbuka aidilfitri UMNO Bahagian Jerlun.
Terima kasih semua kerana bersama sama pemimpin menjayakan majlis rumah terbuka aidilfitri UMNO Bahagian Jerlun.