PRN KEDAH DIJANGKA BERLAKU DALAM MASA TERDEKAT


PAS menjangkakan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah susulan isu pelantikan Speaker DUN yang belum selesai sehingga kini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kedua-dua pihak iaitu kerajaan negeri dan pembangkang masih lagi dalam keadaan ternanti-nanti.

“Sebenarnya PAS sudah menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan yang membabitkan semua parti politik di negeri ini.

“Tujuannya adalah bagi mengelakkan berlakunya PRN kerana ia merupakan jalan terbaik untuk keluar daripada krisis itu.

“Terpulang pada kerajaan negeri untuk terima atau tidak,” katanya di Kota Bharu hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, PAS bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan yang berlaku.

“Pakatan Harapan (PH) boleh cadang dan PAS juga boleh mencadangkan Speaker DUN negeri.

“Pengundian akan berlaku dalam menentukan kerusi terbabit dan sekiranya seri iaitu PH 18 kerusi menyokong dan pembangkang terdiri daripada Pas (15) dan Barisan Nasional (3), maka, kemungkinan besar PRN terpaksa diadakan,” katanya.

SHARE THIS

Author:

Latest
Next Post