PM Najib Umum Peruntukan RM200 juta Bangun Sektor Getah


ALOR SETAR - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai usaha membangunkan sektor getah di negara ini.

Menurutnya, peruntukan tersebut akan digunakan untuk membangunkan infrastruktur penghasilan susu getah atau lateks, pemberian benih klon 1Malaysia serta membangunkan teknologi menoreh getah.

"Kerajaan akan membangunkan infrastruktur supaya mereka (penoreh getah dan pekebun kecil) boleh pindah pengeluaran cuplump (getah sekerap) kepada lateks. Ini akan memberikan pendapat lebih kepada pekebun kecil dan penoreh getah.




"Kita juga akan beri klon baharu iaitu klon 1Malaysia yang boleh dapat hasil lebih tinggi berbanding benih getah yang lain," katanya ketika berucap dalam program Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Bantuan Musim Tengkujuh kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah di sini hari ini.

Hadir sama YAB Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md. Hanipah, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, dan Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdulllah.














Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Pekebun Kecil Getah Terbaik dan menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH).

Najib berkata, peruntukan itu juga akan digunakan untuk membuat pembaharuan dalam kaedah menoreh getah.

"Dengan suntikan teknologi, pengeluaran getah dapat ditingkatkan," ujar PM Najib.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post