PEMUDA UMNO ALOR SETAR PUJI INSENTIF ANAK MUDA


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar, YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengambil kira pandangan anak muda dan menyediakan pelbagai inisiatif dan peluang-peluang memajukan ekonomi anak-anak muda negeri Kedah. Dari segi skop belanjawan negeri, ialah adalah bajet terbaik sebagai pelengkap kepada bajet nasional yang melibatkan bantuan-bantuan kerajaan pusat kepada anak-anak muda khususnya di dalam negeri Kedah.

Kerajaan negeri dilihat mahu mempelbagaikan asas ekonomi negeri dengan memperuntukkan perbelanjaan untuk menarik pelaburan dalam sektor pembuatan, pembiayaan perniagaan di pelbagai sektor dan industri.

'Peluang kerja disektor pembuantan'

Daripada unjuran 2018, Special Border Economic Zone, Bukit Kayu Hitam dijangka ada menawarkan 50,000 peluang pekerjaan, manakala Kedah Science and Technology Park menawarkan 24,000 peluang kerja dan Kedah Rubber City, Padang Terap akan menawarkan 15,000 peluang kerja untuk golongan anak-anak muda Kedah. Ini juga adalah peluang yang ditunggu oleh anak negeri Kedah yang bekerja di luar untuk pulang berbakti di dalam negeri sendiri. Kepakaran dan kemahiran anak jati negeri Kedah juga harus diberi penekanan dalam meningkatkan ekonomi keluarga di dalam negeri Kedah.

'Bantuan” Pendidikan'

Di dalam bajet 2018 juga menitik beratkan pembangunan modal insan kepada anak-anak muda dan golongan ibu bapa muda yang bakal menghantar anak mereka memasuki alam persekolahan melalui sumbangan secara “one off” RM100 tabungan SSPN-i kepada anak-anak pelajar tahun 1 bagi sesi 2018, penajaan penuh biasiswa kepada pelajar-pelajar anak Kedah yang melanjutkan pengajian ke KUIN dan yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang agama di Timur Tengah, dan juga pemberian saguhati “one-off” RM1,000 kepada anak Kedah yang beroleh kepujian kelas pertama dalam pengajian Ijazah Pertama di IPTA dan IPTS tempatan. Ini adalah langkah terbaik menyuntik semangat anak muda bagi memastikan kejayaan-kejayaan yang bakal dicipta oleh golongan generasi “Y” ini dimasa akan datang.

'Bantuan usahawan'

Pemerkasaan sektor usahawan juga sangat-sangat dialu-alukan seperti program usahawan mikro Negeri Kedah, peruntukan bagi membuka tapak perniagaan baru, menaiktaraf prasarana bagi penjaja dan peniaga kecil setiap daerah, tapak khas bagi ‘food truck’ di Jitra, Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar dan juga skim bantuan suntikan modal perniagaan. Pergerakan Pemuda melihat bidang ini merupakan satu bidang yang sedang berkembang di dalam negeri Kedah antaranya di sekitar kawasan Alor Setar. Langkah meningkatkan peluang di dalam sektor ini juga mampu melahirkan usahawan yang berdaya saing dalam merebut pasaran perniagaan yang sudah menjadi ‘trend’ perniagaan bergerak hari ini. Pemuda Alor Setar menyarankan satu lokasi yang bersesuaian dan beberapa agensi berkaitan juga perlu membantu mempermudahkan urusan permohonan dan skim galakan kepada usahawan “food truck” ini.

Jadi adalah amat penting untuk saya sarankan kepada golongan muda di dalam negeri Kedah khususnya di Parlimen Alor Setar ini bijak mengambil dan memanfaatkan peluang yang ditawarkan di dalam bajet negeri Kedah 2018.

Walaupun pelbagai kecaman dilontarkan kepada beliau oleh pihak tertentu tetapi kesungguhan YAB MB dan keseluruhan pentadbiran kerajaan Negeri yang berusaha keras mempersembahkan peluang terbaik kepada rakyat. Fokus memajukan negeri juga menjadi salah satu agenda penting di bawah pentadbiran beliau hari ini. Saya percaya bajet terbaik ini juga adalah hasil hubungan baik dan sokongan dari kerajaan pusat hari ini.

Menerus Kemajuan Menzahir Impian

#BajetKedah2018
#MuafakatKedah

SYED ABDUL HAFIZ BIN SYED MUSTAPA
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post