Perhimpunan Pakatan Harapan Sekadar Indah Khabar Dari Rupa


Perhimpunan haram Anjuran Pakatan harapan diketuai DAP di Padang Timur Petaling Jaya semalam hanya sekadar indah khabar dari rupa apabila mencatatkan jumlah kehadiran kurang dari 10,000 orang.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, perhimpunan haram tersebut boleh disifatkan sebagai himpunan yang gagal apabila jumlah hadirin  tidak mencapai seperti yang diharapkan oelh pemimpin Pakatan Harapan.

Dato' Shaiful Hazizy juga berkata, Pakatan Harapan dipercayai akan terus menganjurkan perhimpunan haram untuk mengekalkan momentum fitnah agar terus relevan dalam arus politik negara.

"Kami percaya kegagalan perhimpunan ini adalah disebabkan rakyat sudah jemu dengan pendekatan pembangkang yang menyogok serta memfitnah sebagai satu cara mereka berpolitik.

" Ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berbincang dan menyelesaikan masaalah rakyat dipelbagai peringkat" ujar Dato Shaiful Hazizy.

Menurut Dato Shaiful Hazizy, kegagalan perhimpunan itu menarik orang ramai juga disumbangkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang mempunyai isu dan skandal masing-masing.

"Umum sedia mengetahui Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sedang bergelumang dengan skandal kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berdepan isu salah guna kuasa.

"Pada masa yang sama DAP juga sedang menghadapi isu pemilihan parti mereka sendiri.

" Hakikatnya apa yang berlaku semalam memperlihatkan situasi terdesak Pakatan Harapan yang sedang sedaya upaya mahu menghidupkan momentum mereka yang semakin layu" ujar Dato' Shaiful Hazizy.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post