PM Najib Razak Menziarahi Makam Almarhum Sultan Kedah #VIDEO


ALOR SETAR - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat menahan sebak ketika meluangkan masa kira-kira setengah jam menziarahi makam Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Makam Diraja Langgar di sini hari ini.

Beliau kelihatan beberapa kali mengesat air matanya ketika menyiram air mawar di makam Almarhum Sultan Kedah selepas bacaan tahlil yang diketuai Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadil Awang.


Almarhum Sultan Abdul Halim contoh terbaik Raja Berperlembagaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai contoh terbaik seorang Raja dalam konsep Raja Berperlembagaan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan Almarhum Sultan Abdul Halim yang pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali sebelum ini, dalam urusan negara serta rakyat amat disanjung tinggi.


Bercakap kepada pemberita, Perdana Menteri menyifatkan kemangkatan Almarhum Sultan Kedah sebagai kehilangan besar kepada negara dan dirinya secara peribadi.

Najib berkata, Almarhum Sultan Kedah bukan semata mata seorang Raja bagi dirinya tetapi turut menganggapnya sebagai Ayahnda dari hubungan rapat sejak  zaman Tun Razak. 


Terdahulu, Najib yang diiring YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri DiRaja Ahmad Bashah Md. Hanipah tiba di pekarangan Makam Diraja pada jam 6.30 petang.

Turut hadir  Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim dan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah serta isteri Perdana Menteri, Datin  Seri Rosmah Mansor dan isteri Menteri Besar, Datin Seri DiRaja Hizam Awang Ahmad.


Almarhum Sultan Abdul Halim, 89, yang memerintah negeri Kedah selama 59 tahun meninggal dunia di Istana Anak Bukit di sini pukul 2.30 petang Isnin lalu.

Jenazah Almarhum Sultan Kedah selamat dimakamkan di Makam Diraja itu pada jam 5.45 petang keesokannya.

Perdana Menteri yang menaiki pesawat khas selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House, Washington D.C pada Rabu lalu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini jam 6 petang.
















#ProudOfYouPMNajibRazak
#KedahBerduka
#MuafakatKedah


SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post