Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri buat kali kedua Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah Kedah berlangsung di kediaman Seri Mentaloon. Kehadiran tetamu dalam 50 ribu lebih, bermula dari jam 11 pagi hingga berakhir majlis dalam jam 4 petang. Para tetamu tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Menteri Besar. Pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum hadir di majlis rumah terbuka aidilfitri yang meriah.
Juadah pelbagai menu dan citarasa yang enak disajikan buat para tetamu Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon. Para Tetamu menikmati hidangan di khemah2 yang disediakan bersebelahan dengan kediaman Menteri Besar.
Kehadiran mereka disambut Ahmad Bashah dan isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad. Yang turut hadir ialah barisan EXCO kerajaan negeri, ketua jabatan kerajaan negeri dan pemimpin masyarakat.
Pada majlis itu Menteri Besar turut memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Pengunjung dihidangkan pelbagai juadah seperti lemang, ketupat, rendang, sate dan pelbagai jenis makanan lain. Majlis dijangka berakhir jam 4 petang.
Salam Jutaan Terima Kasih Dari Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah Seisi keluarga Buat Semua Hadirin Yang Hadir.
Salam 1Malaysia & Salam Muafakat Kedah.
Disini saya dan seluruh ahli keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "ribuan terima kasih" kepada semua tetamu yang telah sudi menghadiri serta memeriahkan "Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 MB Kedah" di Seri Mentaloon semalam.
Terima kasih juga kepada wakil dari kesemua jentera 15 UMNO Bahagian Negeri Kedah, wakil dari MCA Kedah serta MIC Kedah yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai juadah yang enak buat para pengunjung yang hadir.
Akhir sekali, tidak lupa juga kepada pihak petugas PDRM Trafik, para petugas RELA dan juga para petugas kebersihan yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran majlis ini. Hanya Allah Swt sahaja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan anda semua...
"TERIMA KASIH"...
#SambutanAidilfitri2017
#MuafakatKedah