#VIDEO : KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG STATUS UNIVERSITI PENUH KUIN.

 Imej yang berkaitan

 1. Permohonan KUIN mendapatkan status universiti penuh diminta untuk ditambah nilai dari segi kualiti bagi membolehkannya beroleh akreditasi penuh dari agensi penarafan negara MQA dan juga pengiktirafan antarabangsa berasaskan ranking QS.

2. Untuk makluman dari sebuah kolej universiti yang hampir caca marba sepanjang 7 tahun lalu, dengan isu staf, kurikulumnya selain isu pelajarnya, KUIN telah distrukturkan semula. Hakikatnya KUIN adalah lambang perancangan "mee segera" kerajaan terdahulu dan sbg sebuah kerajaan yg bertanggungjawab, Barisan Nasional komited utk menyelesaikan segala permasalahan yg ada dan KUIN di strukturkan kembali.

3.Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri yang memiliki KUIN untuk melengkapi prasarana, kemudahan fizikal dan mewujudkan kelestarian semua aspek.

.4.Perlu difahami bahawa hanya pada tahun 2016 KUIN mencatatkan lebihan pendapatan setelah bertahun tahun dimanipulasi demi keuntungan pihak tertentu khususnya di era kerajaan pakatan rakyat.

 5. Secara fakta, mulai tahun lalu dengan upaya pentadbiran Dato Seri Ahmad Bashah, hutang pembinaan KUIN yang berjumlah RM330 juta yang dipinjam dengan bank komersial oleh kerajaan terdahulu telah distrukturkan semula

.6.Kerajaan Pusat telah bermurah hati untuk menyerap hutang berkenaan, natijahnya beban negeri yang terpaksa membayar pinjaman beserta faedah sejumlah RM45 juta setahun tidak termasuk geran selenggaraan sejumlah RM22juta kini dapat dikurangkan dengan hanya membayar RM18 juta.

7.Ini mewujudkan lebihan sebanyak RM27juta yang boleh disalurkan bagi meningkatkan pelaburan modal insan tenaga pengajar INSANIAH dan usaha mengukuh aspek kurikulum, program pengajian berkualiti dan juga usaha promosi bagi meningkatkan lagi enrolment pelajar ke KUIN. Sama ada pelajar domestik mahupun antarabangsa.

7.Lantaran itulah pada hemat saya PEMUDA PAS tidak perlu menjadikan isu KUIN sebagai gimik politik murahan mereka. Sepatutnya mereka perlu berterima kasih kepada kepimpinan yang ada kerana bebanan dan bahana yang telah mereka tinggalkan legasi yang cukup buruk dibaiki, dikukuh dan distrukturkan dengan visi yang lebih rencam oleh kerajaan masa kini.

8. Dalam soal pengiktirafan KUIN selaku universiti penuh disebabkan ianya melibatkan penarafan dan pengiktirafan bukan sahaja oleh MQA dan agensi penarafan antarabangsa maka.soal kualiti tenaga pengajar, kredentials mereka dengan sasaran sekurangnya 50 peratus pensyarah memiliki kelulusan Ph.D.

10.Demikian juga soal penyelidikan, bahan penerbitan, rujukan yang dipetik oleh sarjana luar serta penawaran program pengajian yang bermutu merupakan antara komponen pelengkap yang mewajahkan sebuah universiti.



11. Justeru paling tidak dengan usaha dan inisiatif awalan kerajaan pimpinan YAB Dato Seri Ahmad Bashah yang telah mengemukakan permohonan KUIN bagi naiktaraf ke.universiti penuh bermula November 2016. Maka langkah ini harus dilihat sebagai merintis laluan mengukuhkan fungsi dan taraf KUIN di masa hadapan.

12. Maka ingatan YAB Perdana Menteri agar KUIN meningkatkan lagi kualiti semua aspek bagi melayakkannya menikmati status universiti penuh wajar melonjakkan lagi semangat dan gerakerja seluruh barisan pengurusan, tenaga pengajar dan pelajar KUIN untuk bergabung tenaga agar usaha ini menjadi realiti.

13. Dipihak kerajaan Negeri susulan sokongan dan segala tindakan mengukuh dan menjayakan usaha ini diteruskan dari masa ke semasa.

Dato Shaiful Hazizy b. Zainol Abidin,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah

#MuafakatKedah #BNPrihatin #PMCakna #MuafakatBashah

#Video Sidang media Dato' Haji Tajul Urus berkenaan status KUIN sebagai Universiti Penuh 



#Cukup Syarat KUIN Universiti Penuh - Najib Razak




SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post