#MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH MASJID TERAPUNG YAN


Berlangsung Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak Masjid Terapung Yan, Kedah yang disempurnakan oleh YTM Tunku Temenggung Kedah Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlshah.
Turut sama mengiringi Tunku Temenggung adalah YAB MB Kedah DS Ahmad Bashah,Menteri Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai YAB DS Jamil Khir Baharom, EXCO Kerajaan Negeri Kedah YB Rawi Abdul Hamid, EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang juga ADUN Guar Cempedak YB Dato Dr Ku Rahman ,EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang juga ADUN Gurun YB Leong, Mufti Negeri Kedah Tuan Sheikh Baderuddin, SUK Negeri Kedah Dato Bakar Din serta ramai tetamu - tetamu yang lain.



















Dalam ucapan penghargaan DS Jamil Khir, beliau mengucapkan setinggi - tinggi terima kasih terhadap pihak Kerajaan Pusat kerana meluluskan bajet untuk membina Masjid Terapung Yan ini yang menelan belanja sebanyak rm15 juta dan dijangka akan mula dibina pada tahun 2017.
Masjid Terapung Yan adalah satu - satunya masjid terapung di negeri Kedah. Masjid ini akan menjadi salah satu bangunan ikonik di dalam parlimen Jerai dan bakal menjadi tarikan pelancong, apatah lagi apabila ianya dibina berhampira kawasan rekreasi Pantai Murni dan Jambatan Pulau Bunting dan hanya 2km daripada Pekan Yan. Masjid Terapung Yan ini juga mampu menampung 1020 orang jemaah dalam satu - satu masa dijangka mampu memberi keselesaan kepada para jemaah.

Tahniah DS Ahmad Bashah
Terima Kasih DS Najib Razak
Tahniah Kerajaan Negeri Kedah
Tahniah BN Kedah

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post