MAJLIS MENANDATANGANI PENUBUHAN AKADEMI DATO AHMAD BASRI (ADAB)



Hari ini termeterailah Perjanjian Persefahaman di antara Persatuan Bolasepak Kedah KFA dengan National Football Development Programme NFDP yang akan bergabung tenaga,usaha dan keringat bagi membangunkan sebuah akademi khusus untuk melahirkan bintang - bintang baru bolasepak di negeri Kedah dan Malaysia amnya.

Lebih manis lagi apabila gagasan idea dan visi YAB Dato Seri Ahmad Bashah yang dilafazkan dalam Amanat 100 Hari YAB Dato Seri Ahmad Bashah Sebagai MB Kedah itu merupakan usahasama pertama daripada mana - mana negeri atau persatuan bolasepak dengan pihak NFDP. Kedah negeri pertama yang mengadakan MoU dengan NFDP menerusi Akademi Dato Ahmad Basri ADAB.
Sebuah akademi yang menggunakan nama seorang tokoh dan lagenda bolasepak di negeri Kedah. Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil merupakan arkitek pembangunan bolasepak moden di negeri Kedah. Hari ini nama beliau diangkat sebagai akademi bagi melahirkan bakat - bakat baru pemain bolasepak di negeri Kedah.
Tahniah YAB Dato Seri Ahmad Bashah di atas usaha murni ini bagi memartabatkan sukan bolasepak di negeri Kedah. Bolasepak adalah sukan rakyat yang mampu menyatukan semua rakyat Kedah tanpa mengira kaum,agama mahupun fahaman politik. Majulah bolasepak di negeri Kedah!!!






















SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post