#FINAL PIALA MALAYSIA : JANGAN BELI DENGAN ULAT TIKET - AHMAD BASHAH


ALOR SETAR : Penyokong Kedah diingatkan berhati-hati agar tidak membeli tiket final Piala Malaysia dari ulat tiket yang mungkin akan mengambil kesempatan menjelang perlawanan ini nanti.

Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YAB Dato Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau berharap penyokong tidak terpedaya dengan aktiviti tidak bertanggungjawab ini.

"Perkara ini diluar kemampuan kita, cuma dari segi penyokong hijau kuning kalau kita tak boleh beli tiket, jangan beli dari ulat-ulat tiket. Kalau tidak, mereka (ulat tiket) rasa mewahbsebab boleh jual tiket dengan harga RM50 hingga RM150.

"Tapi saya yakin kalau penyokong tak dapat kesempatan masuk stadium sekalipun, perlawanan akhir ini akan ada siaran langsung di televisyen dan tayangan di skrin besar juga disediakan.

"Misalnya di Alor Setar kita akan buat tayangan skrin besar di depan pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar kedah mengharapkan supaya penjualan tiket kepada setiap penyokong adalah telus dan tiada pnyalahgunaan kuasa.



SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post