#Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai 2016


 Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai yang diadakan di Dewan Besar NAZA Gurun dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Dalam ucapan perasmian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula, beliau menyatakan yg dalam banyak2 Bahagian yg beliau rasmikan, UMNO Bahagian Jerai adalah yg paling terbaik sekali setakat hari ini. 

Beliau juga kagum dengan semangat permuafakatan di antara pemimpin2 lama UMNO Jerai dengan barisan kepimpinan baru UMNO Bahagian Jerai. Beliau juga yakin yg UMNO Jerai mampu untuk melakarkan kejayaan yg lebih baik lagi pada pru14 nanti. 
Datuk SeriAhmad Zahid Hamidi turut menyentuh mengenai cabaran baru yg dihadapi oleh umat Islam seperti kemunculan puak2 radikal yg ektrem seperti IS,ISIL dan DAESH. Beliau turut menyeru kepada semua umat Islam agar bersatu padu tanpa mengira ideologi politik untuk memerangi puak2 radikal ini daripada bertapak dan membarah di dalam negara kita ini.



Paling menarik lagi apabila mantan2 Ketua Bahagian UMNO Jerai turut sama hadir seperti Tan Sri Badaruddin dan YB Senator Dato Suhaimi. Dalam ucapan alu - aluan YB Datuk Seri Jamil Khir Ketua UMNO Bahagian Jerai, beliau merakam jutaan terima kasih tak terhingga dengan semua perwakilan yang menunjukkan semangat yg sangat tinggi pada tahun ini di saat parti sedang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. 
Beliau juga berjanji kepada YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO Jerai akan menyumbang kerusi kepada Barisan Nasional pada pru14 akan datang. Dengan gerak kerja yg sedang rancak dijalankan oleh UMNO Jerai terutamanya dalam mencari dan mendaftar pemilih2 baru yg pro BN.





Mesyuarat UMNO Bahagian Jerai tahun ini kelihatan sangat menarik apabila semua perwakilan memakai baju warna pink sedondon. Malah kehadiran yg hadir ke mesyuarat ini juga sangat luarbiasa ramainya apabila dewan penuh sendat lagi ketat.







Apa- apa pun tahniah buat YB Datuk Seri Jamil Khir Ketua UMNO Bahagian Jerai serta UMNO Bahagian Jerai kerana berjaya menyempurnakan mesyuarat agung tahunan dengan penuh jayanya. UMNO Jerai tetap kekal kukuh seperti Gunung Jerai.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post