Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun 2016.



Hari ini berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerlun yg diadakan di Dewan Sek Men Sains Kubang Pasu yg dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 Dato Othman Aziz yg juga merupakan Ahli Parlimen Jerlun.
Turut hadir ialah Dato Abu Hasan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jerlun merangkap ADUN Kota Seputeh,Ketua Wanita UMNO Negeri Kedah Dato Hajah Sharifah Maznah,Puan Yusmawati Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun serta barisan AJK Bahagian 4 Peringkat UMNO Jerlun.


Ucapan Perasmian Dato Othman Aziz

1. Ucap tahniah kpd Dato Maznah dan barisan AJK Wanita Bahagian kerana berjaya menunaikan amanah menjayakan Mesyuarat Agung Wanita UMNO Jerlun.

2. Mengucapkan tahniah kpd Wanita UMNO Jerlun kerana berjaya menganjurkan 21 program besar dlm tahun ini.

3. Sumbangan Wanita di dlm UMNO sgt besar kerana Wanita la yg menjadi tulang belakang parti UMNO selama ni.

4. Meluluskan rm10k kepada Wanita UMNO Bahagian Jerlun bagi digunakan untuk membeli barangan keperluan untuk disumbangkan kpd mereka2 yg tdk berkemampuan,uzur dan daif.

5. Mohon jika datang khabar angin yg datang jangan terus percaya dan sebarkan. Kena siasat kesahihannya terlebih dulu krn kita harus berhati2 dgn gerakan Red Bean Army yg menjadi kilang pengeluaran fitnah untuk melaga2kan sesama kita supaya kita berpecah belah dan lemah.

6. Orang tua2 selalu berpesan Usah Terhantuk Baru Terngadah. Fikir dulu sebelum bertindak. Jangan terburu2 percaya dan bertindak hanya berdasarkan berita yg diterima di dlm whatapps atau facebook.

7. Apabila dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan 1,saya tdk pernah bangga sebaliknya menganggap ianya adslah amanah berat yg harus dipikul. Saya mahu menjadi jambatan di antara Kerajaan Pusat dgn Kerajaan Negeri Kedah. Ingin membantu kepimpinan DS Ahmad Bashah di negeri Kedah semampu yg boleh juga mahu membantu rakyat Jerlun dgn amanah yg diberikan.

8. Turut mengucapkan tahniah kepada Wanita,Pemuda,Puteri dan UMNO Bahagian Jerlun kerana tiada pertandingan G2 dan G7 pada tahun ini. Ini membuktikan permuafakatan ahli2 UMNO Jerlun yg meletakkan kepentingan parti di depan.

8. Merasmikan Mesyuarat Agung Wanita UMNO Bahagian Jerlun serta merasmikan Gerak Kerja Jaringan Rakyat Wanita UMNO Jerlun.


Ucapan Dato Abu Hasan

1. Mengucap tahniah kpd Dato maznah dan AJK Wanita Jerlun kerana berjaya menjalankan amanah parti dgn memastikan mesyuarat agung dapat diadakan dgn lancar.

2. Kita harus bersatu dan bermuafakat barulah parti UMNO menjadi kuat dan kukuh. Jgn ada pengkhianat di dlm parti. Jika rasa tdk puas hati kpd kepimpinan dan mahu berkongsi sebarang idea gunakanlah saluran yg sesuai cthnya spt mesyuarat agung ini bukannya menggunakan media sosial. Jgn menyebarkan mesej atau info yg blh menyebabkan kita berpecah sesama sendiri.

3. Turut melahirkan keyakinan terhadap keupayaan Wanita UMNO Jerlun mampu menjadi Wanita yg terbaik di dlm negeri Kedah dan Malaysia. Turut kagum dgn semangat Wanita UMNO Jerlun yg hadir memenuhi dewan pada hari ini. Ini mencerminkan keberanian Wanita UMNO Jerlun.

4. Menyeru semua untuk bergembleng tenaga untuk menentang parti DAP yg cuba memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan Islam di Malaysia.

5. Mengucapkan tahniah kpd Dato Othman Aziz krn dipilih menjadi Timbalan Menteri Kewangan 1 dan menjadikan Dato Othman Aziz satu2nya anak jati Jerlun yg dilantik menyertai barisan Menteri Kabinet oleh YAB PM.


6. Menyeru kpd semua Ketua2 Wanita Cawangan dan para perwakilan Wanita Cawangan di dlm UMNO Jerlun utk turut sama bermuafakat dan membantu kepimpinan UMNO Bahagian Jerlun.


Dato Othman Aziz dalam ucapan perasmian beliau merakam jutaan terima kasih dan tahniah buat Dato Maznah dan barisan AJK Wanita UMNO Jerlun di atas kejayaan menyelesaikan tanggungawabmelaksanakan mesyuarat Cawangan2 dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. Beliau turut menyeru semua ahli Wanita UMNO Jerlun untuk turut sama membantu kepimpinan UMNO Bahagian Jerlun serta sentiasa berhati2 dengan berita yg disebarkan di dalam media sosial.




Ucapan Dato Maznah Hamid.

1. Ucap tahniah kepada semua Cawangan Wanita di Jerlun krn berjaya selesaikan mesyuarat Wanita di peringkat Cawangan.

2. Wanita Jerlun mengucap tahniah kpd Dato Othman Aziz di atas perlantikan menjadi Timb Menteri Kewangan 1.

3. Wanita Jerlun jg mengucapkan tahniah kpd Dato Abu Hasan diatas pelantikan beliau utk memangku jawatan Ketua Bahagian Umno Jerlun.

4. Trdapat 154 Cawangan Wanita di dlm Bahagian Jerlun. JR 1540 orang. Ahli Wanita 9330 orang ahli.

5. Minta semua Wanita Jerlun sentiasa bersedia kerana ini mungkin penggal terakhir beliau sebagai Ketua Wanita UMNO Jerlun kerana akan menumpukan perhatian dlm Jihad Ekonomi.

6. Berharap Ketua2 Wanita Cawangan tdk mudah terpedaya dgn berita2 yg tdk tentu kesahihannya.

7. Setakat ini beliau sudah memastikan yg Ketua2 Wanita Cawangan di Bahagian Jerlun tdk terjebak dgn pihak2 tertentu yg mahu memecahbelahkan parti.

8.  Menyeru semua ahli Wanita Jerlun sentiasa bermuafakat demi kelangsungan parti kita yg tercinta.

Dalam ucapan alu - aluan Dato Wira Maznah Hamid Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun, beliau mewakili Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerlun merakamkan sekalung tahniah buat Dato Othman Aziz yg dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan 1 dan juga sekalung tahniah buat Dato Abu Hasan yg dilantik menjadi pemangku Ketua UMNO Bahagian Jerlun.







Ternyata kehadiran begitu ramai perwakilan Wanita UMNO Jerlun di Mesyuarat Agung Tahunan Wanita UMNO Jerlun pada tahun ini jelas membuktikan yg kekuatan UMNO Jerlun langsung tidak terjejas biarpun munculnya parti serpihan UMNO yg turut dianggotai oleh mantan Ketua Bahagian UMNO Jerlun iaitu Mukhriz Mahathir. In Sya Allah UMNO Jerlun mampu untuk pertahankan kerusi Parlimen Jerlun serta kerusi DUN Kota Seputeh dan DUN Ayer Hitam pada pru14 nanti.



SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post