Adun Bukit Lada, Tok Mat Lebai Sudin Bidas Kenyataan Propa Mukhriz.


#Video


UMNO Kedah

ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sengaja mempergunakan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kali ini untuk meraih simpati ADUN BN dan PAKATAN RAKYAT termasuk orang ramai yang hadir dengan membangkitkan isu yang tiada bersangkut paut dengan isu Negeri tapi bertujuan seperti agenda membalas dendam...

Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, isu-isu yang ketengahkan Mukhriz dalam dua hari sidang Dun berlangsung sebenarnya tidak membawa sebarang manfaat atau makna kepada kepentingan rakyat dan negeri.

"Apa yang dikatakan Mukhriz dalam dewan sebenarnya atas Agenda Peribadi dan Propa Mukhriz untuk membalas dendam semata".

"Dia dah takdak isu, maka dia sengaja buat begitu dalam dewan untuk tarik perhatian orang ramai, padahal apa yang dia kata tak bermanfaat pun untuk kepentingan rakyat dan negeri Kedah," katanya ketika ditemubual MBO.comm semasa tamat sidang dewan. 

Sebelum itu, Dato Ahmad Lebai Sudin menggamatkan dewan dengan telatah dan ucapannya yang mencuit hati dengan sindiran, usikan dan kenyataan pedas yang ditujukan kepada barisan pembangkang, termasuk bekas Menteri Besar tersebut.

Beliau bersikap 'gentleman' membenarkan permintaan setiap Adun pembangkang yang mohon mencelah ucapannya dan menjawab pertanyaan atau pertikaian secara pedas namun melucukan.

Dato Ahmad Lebai Sudain turut menyulam ucapan membahas titah Tuanku Sultan Kedah di sidang Dun hari ini dengan beberapa rangkap pantun yang berjaya membuat bilik operasi media di sini turut bergema dengan gelak tawa.

Umno kedah

Selain itu, Adun Pantai Merdeka, Ali Yahya turut senada dengan Dato Ahmad Lebai Sudin dan mendakwa

"Kenyataan yang kecewa sebenarnya... dia sudah Berduka lara tidak menjadi Menteri Besar daripada isu-isu lain.

Menurut Ali, apa yang dipersoal Mukhriz bakal dijawab Exco Kerajaan Negeri berkaitan dengan mudah dalam sesi penggulungan yang dijangka berlangsung esok, hari terakhir sidang Dun.

Malah katanya, isu cadangan Mukhriz yang mahu mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar sepatutnya tidak timbul dan ia sebenarnya bertentangan dengan undang-undang tubuh negeri Kedah.

"Kita takdak dalam undang-undang tubuh (negeri Kedah) untuk melantik Timbalan (Menteri Besar).

"Tapi takdak masalah sekarang, Menteri Besar sekarang sudah sihat untuk kembali bertugas seperti biasa," katanya lagi.

Justeru itu kata Adun Pantai Merdeka itu, pihak pembangkang bagaikan ketandusan isu untuk diketengahkan di sidang Dun tersebut dengan mengutarakan isu remeh yang mudah ditangani oleh pihak kerajaan negeri. "Depa dah takdak isu sebenarnya," tegasnya.

Sidang Dun Kedah hari ini masuk hari yang ketiga membahaskan titah Tuanku Sultan Kedah dan dijangka bakal berakhir petang esok selepas ucapan penggulungan dilakukan Menteri Besar Kedah, YAB. Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post