#Sukma2016 : S.Sivasangari Sumbang Emas Pertama Kedah Dalam Skuasy Sukma




KUCHING - Pemain remaja kebangsaan, S. Sivasangari menyumbang emas pertama Kedah dalam acara skuasy perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) sejak temasya itu diperkenalkan pada 1986.

Atlet berusia 17 tahun itu memastikan pingat emas menjadi miliknya selepas menundukkan juara bertahan, G Vanessa Raj dari Pulau Pinang 12-10, 11-6, 11-7 dalam masa 34 minit di Pusat Skuasy Sarawak di sini.

Pemenang pingat emas Sukan Belia Komanwel itu ketinggalan 1-7 di set pertama sebelum bangkit memperkemaskan permainan untuk membolehkannya merekodkan kemenangan pertama ke atas Vanessa.

#PingatEmasPertamaKedah
#TahniahSivasangariEmasUntukKedah
#PulunKedahPun
#MuafakatKedah

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post