ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan dakwaan pihak pembangkang yang mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak membantu kerajaan negeri dalam usaha untuk mengatasi masalah air di Kedah.
Beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia membantu namun dalam perkara ini bantuan yang akan diberikan adalah secara berperingkat kerana terdapat negeri-negeri lain yang turut memohon peruntukan.
"Bukan Kedah sahaja yang minta peruntukan, negeri-negeri lain juga ada minta peruntukan jadi kita kena tunggu giliran kerana bantuan bukannya datang sekali gus. Kalau nak kata tidak dapat bantuan, sebelum ini pun banyak bantuan yang telah kita dapat daripada Kerajaan Persekutuan," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, hari ini.