Sidang Akhbar/Media oleh Tuan Syed Mohd johan Rizal dari Kelab Belia Darulaman bersama 12 Pertubuhan NGO, Selepas Laporan Polis di IPD Alor Setar terhadap Perhimpunan Haram derita rakyat mengenai isu air.
Seisi soal jawab dan penerangan bersama wartawan yg hadir ke sidang media.
Bukti Laporan polis terhadap Penganjur Perhimpunan Haram derita rakyat.
Tuan Syed Mohd Johan Rizal bersama dengan Saudara Mohd Nor Azim B.Abd Razak
dari Pertubuhan Gelombang Biru Negeri Kedah dan Saudara Asman Sofian B. Ismail
dari Team Cyber Kedah (TCK)
Kita Tolak Penganjur Perhimpunan Haram Derita Rakyat Anjuran sebuah Parti Politik Atas Tujuan Menghasut.
Tuan Syed Mohd Johan Rizal bersama 12 NGO menuju ke IPD Alor Setar utk membuat laporan Perhimpunan Haram Suara Anak Kedah.
Taklimat dari Tuan Syed Mohd Johan Rizal sebelum bergerak ke IPD Alor Setar.
Tuan Syed Mohd Johan Rizal bersama dgn 12 NGO menuju ke IPD Alor Setar.
Laporan polis pada hari ini adalah hasil gabungan kelab belia darulaman, biro aduan pemuda MIC pusat, rakan rakan NGO dan komponen parti BN yg lain.
2.Laporan yg dibuat pada hari ini adalah manifestasi bahawa anak muda di Kedah khususnya menolak politik fitnah, pendekatan menghasut dan politik nyamuk menangguk di air keruh sepertimana amalan Pas.
3. Jelas himpunan atas nama derita rakyat yg akan diadakan oleh PAS dan Dewan Pemuda PAS Kedah besok jam 5 petang di hadapan loji rawatan air Kuala Nerang adalah satu usaha anti establishment.Pelanggaran undang undang yg jelas kerana mereka tahu kawasan loji dan sekitarnya adalah restricted area.
4.Kita juga yakin bahawa ceramah yg akan diadakan esok dengan diselang seli ceramah pastinya berbaur fitnah dengan mengemukakan fakta palsu dan kenyataan yg boleh mengelirukan sekaligus mengundang keresahan di kalangan masyarakat setempat.
5. PAS yg mempunyai wakil rakyat dan ADUN dari parti mereka telah diundang untuk turut serta didalam Mesyuarat Khas Manangani Krisis Air yg dipengerusikan oleh YAB DS MB pada 12 Julai lalu. Malangnya mereka tidak hadir bagi mencari solusi bersama kerajaan dan mencadangkan langkah terbaik untuk manfaat rakyat.
6. Dan kini sebaliknya mereka memilih kaedah jalanan dengan cuba menjadi hero rakyat dengan pendekatan politik menghasut dan menanam kebencian yg menjadi amalan PAS selama ini sekaligus membuktikan PAS tidak bersungguh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat.
7. Padahal mereka sendiri sedar isu air ini secara perundangan dan tindakan sedang diambil langkah penyelesaian oleh kerajaan negeri menerusi Task Force khas yg ditubuhkan dan telah mula mengambil langkah yg perlu.
8.Hakikatnya isu air sudah bermula dizaman pemerintahan PAS sendiri 2008- 2013, malah mereka mengambil beberapa tindakan yg memburukkan lagi keadaan tatkala itu termasuk kenaikan tarif air 25 hingga 44 peratus pada 1 oktober 2010. Selain kegagaglan menangani isu NRW dan banyak masalah teknikal yg lain.
9. Justeru hasutan demi hasutan serta makluman lencongan yg mereka sebarkan sama ada melalui media sosial, kenyataan media malah menerusi siri ceramah dan himpunan esok hari seolah olah mengambarkan krisis ini 100 peratus berpunca dari pentadbiran kerajaan yg ada pada hari ini.
10.Oleh sebab itulah pihak Kelab Belia Darulaman yg bersolidariti bersama rakan rakan gabungan yg lain membuat laporan polis pada hri ini agar tindakan selaras dengan peruntukkan undang undang dapat dikuatkuasakan oleh Pihak PDRM bagi membendung aktiviti menghasut dan fitnah jenayah yg dilakukan oleh PAS demi memelihara keharmonian dalam masyarakat.
Sekian,
Kumpulan Gabungan Solidariti NGO-NGO Kedah yg terlibat:-
1) Syed Mohd Johan Rizal B.Syed Unan Mashri.
Kelab Belia Darul Aman
2) Dato' Adnan B. Osman
Pertubuhan Jaringan Anak Melayu Kuala Rimau.
3) Ahmad Shokkri B. Yaacob
Kelab Amal Ketuanan Melayu Kedah.
4) Muhammad Najib B.Muhd Taib
Gerakan Belia 4B Alor Setar.
5) Muhamad Nur Faruqi B. Ismail
Barisan Nasional Youth Volunteer (BNYV).
6) Azeem Azizi Arjunaidi
Persatuan Siswa Aman Makmur (ANSAR)
7) Mohd Nor Azim B.Abd Razak
Pertubuhan Gelombang Biru Negeri Kedah
8) Asman Sofian B. Ismail
Team Cyber Kedah (TCK)
9) Dato' Sasitharan A/L Samugam.
Biro Aduan Awam Pemuda MIC Kebangsaan
10) Doraisamy A/L Balkrishnan
Youth Squad Negeri Kedah
11) Mohamad Yusrizal B. Yusoff
Persatuan Pengguna Kedah.
12) Muhaimin B. Hassan
Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Kota Setar
#Syabas Tuan Syed Mohd Johan Rizal diatas tindakan yang tepat utk kebaikan semua rakyat negeri kedah dari pembuat fitnah melampau yang cuba menutup kesilapan dan Kesalahan Pihak Terbabit semasa pemerintahan PAS yg lepas. Muafakat Bersama Membendung Fitnah.
#MuafakatKedah
#MBBashahPerihatin
#KekalNajibdanBashah
#UmnodanBNJaguhRakyat